Apa itu Selfie?
Selfie adalah singkatan kepada gabungan perkataan potret diri sendiri (self-potrait).
‘Selfie’ juga merujuk kepada perbuatan suka mengabadikan gambar sendiri
yang ditangkap tanpa bantuan orang lain. Perbuatan ini bukanlah
dikategorikan sebagai salah, tetapi apabila semakin ramai yang gemar
‘selfie’ walau di tempat tak sepatutnya, ia agak menjengkelkan.
Tabiat suka tangkap gambar sendiri ini ibarat virus kerana sudah
merebak kepada semua golongan. Tak kiralah, anak gadis, mak cik, pak
cik, ibu bapa atau saudara-mara, gambar ‘selfie’ boleh dikatakan wajib
ada dalam akaun laman sosial masing-masing.
Selfie boleh dikategorikan sebagai tabiat yang sukar dimengertikan.
Sehingga ke hari ini, bukan saja wanita yang mahu tonjolkan penampilan
dan paras rupa seharian, tetapi kaum lelaki juga tidak mahu ketinggalan
malah ada di antaranya lebih obses berbanding wanita.
Bergambar di depan cermin
Bergaya dan menangkap gambar di depan cermin adalah budaya baru dan
ibarat lokasi wajib untuk ‘selfie’. Paling banyak dilihat adalah
‘selfie’ di depan cermin tandas awam berbanding rumah sendiri. Kenapa
perlu tandas awam? Faktor cermin yang besar hingga menampakkan
keseluruhan tubuh membuatkan ia jadi pilihan ramai. Jangan menuding jari
kepada satu golongan saja, si jejaka juga tak kurang hebatnya.
Antara lokasi lain yang menjadi pilihan termasuklah dalam kereta, di tempat kerja, atas katil sebelum tidur atau di kedai makan.
Duckface
Duckface merujuk kepada pose
memuncungkan mulut seperti itik. Dengan bibir yang dimuncungkan, ada
beranggapan ia boleh menampakkan tulang pipi sekali gus membuatkan wajah
si ‘selfie’ kelihatan berbentuk bujur dan tidak terlalu bulat.
Mungkin faktor itulah membuatkan gaya ini menjadi ‘trademark’ si gadis
apatah lagi apabila bibir diwarnakan dengan gincu warna terang. Cukup
menggoda! Jangan terkejut apabila ada juga lelaki sukakan gaya ini
apatah lagi apabila ‘selfie’ beramai-ramai dengan rakan wanita.
Selain posisi biasa, gaya rakam gambar daripada sisi atas kepala juga
antara pilihan. Dipercayai, ia boleh buatkan wajah seseorang khususnya
berbentuk bulat kelihatan muncung tirus selain boleh sembunyikan lemak
di bawah dagu.
andes follow blogku ya.. " badrahinirekyan.blogspot.com " kalo udah follow refollow aja yaa..
BalasHapusbaru diperbaiki soalnya..
iya sudah kok kyann...
BalasHapus